Rata-rata merujuk pada peninjauan bersahaja antara aku dan teman-teman yang sedang, atau telah menamatkan pengajian ini, menceritakan berbagai pengalaman yang mereka lalui. Tentulah berbagai pengalaman2 yang suka dan duka, cemas, pahit, susah, letih, tiada kesanggupan utk meneruskan, semuanya sangat mengajar erti kehidupan, bergadoh sesama suami -isteri itu adalah biasa, dimana pasangan kadang2 tidak memahami kepayahan pasangannya dalam kepayahan meneruskan kajian, survey, temu bual, dll. Kesangsian menjadi perkara biasa, keraguan dan ketidak yakinan dirasai oleh diri sendiri. Aku pun sama mulai tertanya-tanya dan rasa takut, bingung, apakah betul apa yang aku lakukan, apakah bab ini boleh aku sudahkan? bagaimana agaknya aku perlu mulakan dan dapatkan kandungan yang tepat? :) sudah beberapa kali Dr Steven menasihati ku supaya berehat dan enjoy di dalam meneruskan research ni. .. katanya aku terlalu bekerja kuat :) Aku mengiyakan suruhannya dan senyum..(dalam hati rasanya susah untuk aku penuhi apa yang disuruh).
Cuba bayangkan bagaimana nak enjoy sedangkan hati aku seperti terikat, dengan perjanjian dan segala pinjaman kewangan yang telah diberikan oleh Mara dan UniKL? Senang cerita seperti kita berhutang, hati kita takkan senang mengingati hutang yang kita tanggungi itu. Begitulah rasanya. Bagaimana pula jika aku kesemputan waktu? atau gagal nanti? Inilah dia bebanan yang aku rasa ada di dalam jiwa setiap orang yg berada ditempat ini. Apakah ini yang dikatakan erti kehidupan sebenar? Allah menyuruh kita mencari ilmu dan berhijrah ke jalanNYA. Oleh itu akan dikurniakan olehNYA ganjaran yang luar biasa. Dari itu, selain dari berusaha dengan sekuat hati, iaitu berdiskusi, google, tabah dan sabar, aku juga berdoa dan cuba membaca dan menghayati sebanyak mungkin ayat2 NYA. Mudah2an aku boleh meluangkan sedikit waktu untuk disampaikan di sini.
"Orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka, dan orang-orang yang beriman, mereka beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad), dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang melaksanakan salat dan menunaikan zakat dan beriman kepada Allah dan hari kemudian. Kepada mereka akan Kami berikan pahala yang besar". Surah An-Nisa', ayat 162.
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebahagian kamu adalah (keturunan) dari sebagian yang lain. maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan -Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah." Surah Ali-Imran, ayat 195
Petikan pena Abu Irdak, Majalah Solusi, Hijrahkan dirimu, isu 15, 2009 menarik sekali untuk aku kongsikan dengan kawan2, Mengapa kita perlu berhijrah? Bertanya mengapa kita perlu berhijrah diertikan seperti bertanya mengapa kita perlu berubah. Berubah adalah hukum alam, atau Sunnatullah atau Law of Nature, dimana menetapkan semua makhluk berubah melainkan Allah s.w.t.
Ada dua bentuk perubahan, ke arah yang lebih baik atau ke arah yang lebih buruk. Cerdik pandai mengungkapkan, "Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya, orang yang hari ini sama seperti semalam. Dan orang yang celaka, ialah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam" Aku? Aku berserah pada mu Ya Allah..hanya pada Mu aku berserah dan berdoa..
Orang-orang yang berjaya ialah yang berubah dengan pilihan yakni dengan memilih dan mengawal arah perubahan itu. Mereka tidak berubah kerna terpaksa (by chance). "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung"
Sekian, bersambung nanti.
About Me
Monday, 21 June 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment