Tiba-tiba mata celik melihat jam di dinding menunjukkan jam baru pukul 6pagi..tapi cahayanya di luar seolah-olah jam sudah pukul 8pagi di tempat kita, Malaysia. Berbeza kulit orangnya berbeza masa dan keadaan. Keseronokkan tidur berlapiskan selimut tebal tiada lagi apabila musim panas begini menjelma. Kadang-kadang rasa seperti di Malaysia pula cuaca semalam 33 darjah celcius. Orang putih suka keadaan seperti ini, mereka keluar rumah, berjemur di taman, seolah-olah berpesta..di kedai-kedai, mereka berjalan-jalan baik yang muda atau yang tua. Wajah yang tua sentiasa berhias, pakaiannya kemas dan lawa, matching color handbag and shoes...gagahi walau bertongkat berjalan bersama teman. Aku kagum melihat tingkah laku mereka, aku kagum semangat mereka. Kadang-kadang aku mengelamun hingga ke 'Sex and the city' empat sekawan yang sentiasa berjumpa minum bersama-sama dan bercerita..agaknya mereka ini seperti itu di zaman lalu..usik hati ku lagi, aku ingin melihat orang-orang berumur di Malaysia seperti mereka, keluar beristirehat atau berjalan2 dengan rakan sambil 'exercise' lutut dan kaki yang lemah. Apalah salahnya amalkan berjalan2 di taman setelah penat ke surau, ke pasar dan lain-lain. Mungkin masa tua ku nanti aku akan lakukan begitu. Tetapi sebagai 'academic', bilakah agaknya aku pencen? Mungkin aku akan masih berceramah sehingga mencecah 70an..kalau diizinkan Allah..Apakah masa itu aku masih diperlukan untuk mencurahkan ilmu kepada generasi baru? Pepatah melayu mengatakan, kekayaan dan harta boleh dicari, tetapi ilmu sukar diperolehi...pengorbanan dan pencarian ilmu ini bukan sekadar untuk diriku dan keluarga ku tetapi bangsa dan agama selagi aku hidup..InshaAllah..
Aku ingin berkongsi dengan kawan-kawan ku, yang aku anggap adik-adikku..Kadang-kadang aku berfikir panjang tentang 'insan yang dinamakan manusia'. Aku sedih dan tidak percaya adanya insan yang terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka ini seolah-olah senantiasa mencari kesalahan orang lain atau kekurangan orang lain. Bahkan dikorek, dihebohkan digosip mengenai perihal orang lain..Apakah tujuan sebenar orang sebegini? Mengapakah masa mereka dihabiskan dengan memikirkan oang lain? Alangkah baiknya jika masa itu di isikan dengan memikirkan diri mereka sendiri? Atau memikirkan bagaimanakah hendak memperbaiki kekurangan diri? keluarga? pelajar2? Apakah cukup ilmu yang ada pada ini? Perlukah aku menghiasi diriku untuk suamiku? Bagaimana pula pakaian ku, rambutku? Wajahku? Lantaran, aku rasa kita patut memikirkan semua ini pada diri kita sendiri dan cuba untuk memperbaiki diri kita..bukannya kita asyik menuding jari memikirkan nasib dan status orang lain..mencari jalan dengan cara menyindir dalam menegur..atau apabila penat beristirehat dengan mencari cerita/gosip mengumpat orang lain? Apakah itu suruhan agama kita? Memang aku mengaku manusia itu tidak sempurna, aku juga tidak sempurna. Tetapi sedarkah bahawa sedikit perasan dengki dan hasad kita boleh membawa kita kepada kesengsaraan yang tak kesudahan..hati bengkak, kepala pening, kerja tak jalan, anak-anak terbiar, kesudahannya semua benda tak boleh buat..masak pun jadi malas untuk suami..suami lalu marah dan jemu keluar makan kedai mamak...kat situ suami nampak orang lain, muda, cantik..ha!! Mulalah dia teringin..dan menggatal...dibandingkan dengan isterinya dirumah..asyik-asyik mengelamun, asyik2 bercerita pasal orang..rambut pun tak sikat, muka tak berbedak...Jadi, salah siapa? Tanya diri sendiri dengan adil dan jawab soalan ini dengan adil pada diri sendiri..
Aku pun bukan perfect dan aku mempunyai kekurangan juga, tapi aku sedih dengan sifat orang kita yang dengki, suka mengata dan malas ni. Maksud ku, sampai bila kita nak menjadi malas? Malas nak pakai bedak, malas nak bersolek, malas nak pakai baju lawa-lawa, malas nak masak, malas nak layan suami, malas nak kerja..malas nak mencari ilmu..malas boleh bawa kita ke tempat yang tak kesudahan! Malas itu syaitan! Aku tempis sifat malas ku..aku tempis malah segala-galanya..aku tahu aku juga ada sifat malas kadang-kadang..tapi aku tidak biarkan ia..I fight!! Aku mohon aku tidak akan dengki kepada orang lain..walaupun kalau nak ikutkan aku heran menilik diriku yang sentiasa berkerja kuat untuk menampung keluarga, bukan kawan ku yang satu tu..dia kaya dan senang, tak perlu berkerja sekeras aku. Itu kalau aku nak dengki.. tapi aku berfikir dengan waras dan berpesan pada diriku bahawa walaupun dia kaya dan ada orang gaji, tetapi dia masak untuk suami dan keluarga, dia uruskan perniagaannya dengan cara tersendiri, dan dia baik sangat peribadi dan hati budinya..itu Rahmat Allah kurniakan kepadanya..dan aku? Aku mempunyai kekuatan dari segi lain..aku seorang isteri yang menolong suami, anak-anak dan berkerja keras mencari ilmu untuk bangsa dan agama..Itu kekuatan ku.. Allah sudah suratkan aku sebegitu. Mungkin jika aku mempunyai suami yang kaya, aku tidak akan menuntut ilmu sehingga ke sini..jauh di sudut dunia dan keseorangan....bahkan mungkin jika aku sudah senang, cukup segala-gala, aku tidak akan pedulikan nasib kawan-kawan seperjuangan ku dan memberi sedikit sumbangan dalam menaikkan semangat perjuangan mencari ilmu dan memperbaiki diri..mungkin aku sibuk berholiday kesana- kesini dan tidak mempunyai kesedaran tentang kehidupan seperti apa yang aku ada ini?
Itulah..itulah kekuatan suratan Qadaq dan Qadar daripada Allah Subhanahuwata'ala atas sesuatu..fikri-fikirlah, tarik nafas, hembus, dan bermunajat mohon pertolongan dari Allah...
Aku sudahi dengan, yang baik itu datang darpada Allah..yang buruk itu dari hamba mu...
bersambung.....
About Me
Tuesday, 25 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Salam,
ReplyDeleteMencari ilmu demi agama dan bangsa...mudah2an ALLAH...memberi rahmat atas usaha kita semua. Amin dr jauh.
Salam, hi far! Tq for reading my blogspot, hope it helps to share some experience now and then with friends and colleague..mudah2an we will be blessed always!
ReplyDelete